Mahir Jahit Intake 4 Modul 6 Sesi 2 - Gunting Kurung Pesak Gantung
20 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Mahir Jahit (Intake 4 Modul 6 Sesi 2) yang bertajuk "Gunting Kurung Pesak Gantung" memfokuskan kepada latihan amali serta kemahiran teknikal bagi menyediakan potongan kain baju kurung pesak gantung yang tepat. Menerusi sesi ini, para peserta dipandu secara terperinci mengenai teknik pengukuran, pemetakan pola pada fabrik, serta langkah pemotongan kain mengikut susunan pesak gantung yang betul bagi memastikan hasil jahitan yang kemas dan selesa dipakai.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kemahiran keusahawanan dan teknikal para peserta dalam bidang jahitan, sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk menghasilkan pakaian tradisional secara profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: